Sunday, 16 November 2008

Timbalan Yang Dipertua Yang Berkomitmen!!!

Tahniah kepada En Adnan Omar yang merupakan Timbalan Yang Dipertua KIEMA yang mempunyai rasa penuh tanggungjawab dan komitmen kepada KIEMA.
Beliau ke Kuala Lumpur bagi mengadakan pertemuan dengan bakal Duta-duta KIEMA yang akan dilantik secara rasminya pada tarikh dan lokasi yang akan di tetapkan.
Mogo segala kerjasama yang diberikan diberkati oleh Allah swt.

AJ Mendapat Nasihat Dari Pelbagai Pihak!!!

AJ kini sedang mencari seramai mungkin penasihat yang mampun memberi cadangan dan pandangan bernas bagi memastikan KIEMA bergerak seiring dengan tujuan dan misi.
Apa pun yang dilakukan, KIEMA mendoakan agar usaha untuk membuktikan sebuah organisasi baru ini mampu mencapai kejayaan yang besar suatu masa nanti.

Saturday, 15 November 2008

AJ Ke Kuala Lumpur!!!

Untuk makluman semua, AJ akan ke KL untuk menjemput peserta Kiema Futsal Club di sana. AJ juga akan bersama usahawan-usahawan yang berminat untuk bersama Kiema. Moga AJ selamat pergi dan pulang ke Kelantan.

Duta Kiema!!!

Ketika di Kuala Lumpur, YDP dan TYDP sempat berjumpa dengan Bakal Duta Kiema di Medan Hang Tuah, The Mall.Banyak perkara yang dibincangkan. Beliau yang dimaksudkan ialah Rashdan Baba. Beliau akan bersama Kiema dalam usaha mempromosikan Kiema ke seluruh Malaysia melalui aktiviti yang bakal diadakan. TYDP juga akan memastikan lebih ramai personaliti bersama dengan Kiema.

Monday, 10 November 2008

Perlantikan!!!

Jawatankuasa KIEMA mengucapkan "Selamat Bertandang Ke Keluarga Besar KIEMA". Kami berharap agar Ahli Kehormat Kiema iaitu En Zaki & En Solahuddin dapat memberi buah pandangan dan fikiran sepanjang perkembangan KIEMA ini. Beliau adalah 2 orang individu pertama yang di lantik oleh Pengasas KIEMA (AJ)

Friday, 7 November 2008

C Narr Resources Bersama Kiema Kelantan!!!


Perbincangan Bersama Antara C Narr Resources & Kiema bagi menjayakan :Karnival Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) & Pesta Jualan Jimat Malaysia 2008 Peringkat Negeri Kelantan" anjuran bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan.
yang akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke -IV, Kota Bharu, Kelantan.
pada 27hb November 2008(Khamis) hingga 6hb Disember 2008(Sabtu) selama 10 hari.

Tuesday, 4 November 2008

Kiema Mulakan Langkahan Pertama!

Dengan terserahnya borang Pendaftaran Kiema Kelantan pada Khamis 6/11/08 membuktikan kesungguhan Kiema kearah sebuah organisasi yang mantap dalam usaha membentuk masyarakat cergas dan komited.

Monday, 3 November 2008

Mentari Muncul Lagi!!!

Setelah sekian lama mengatur strategi, kini KIEMA dengan bantuan pegawai dan jawatankuasa yang berpengalaman cuba memastikan banyak program berunsurkan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan jayanya.
Kiema akan memberi komitmen yang padu atas segala apa yang diamanahkan.
Dengan Moto "Maju Negara, Kiema Sejahtera" pasti akan memberi seribu makna sebelum Kiema gah dipersada Kelab seluruh dunia.
Nantikan kemunculan Logo Kiema dan kita sesama nantikan Sijil Pendaftar Pertubuhan yang sah untuk Kiema (Kelab Pencetus Idea Modal Insan)

Sunday, 2 November 2008

KIEMA!!!

Sebuah Kelab yg baru diperkenalkan namanya dan belum lagi mendapat sijil dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia merupakan sebuah kelab yang menemukan pemimpin-pemimpin besar dalam kelab-kelab di Kelantan.Kita nantikan siapakah mereka yang dimaksudkan.

Saturday, 1 November 2008

Perjumpaan Semasa!!!

Perjumpaan pengasas dan individu-individu yang dianggap penting dalam pembentukan sebuah organisasi baru yang sah di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Antara VIP yang dikunjungi oleh pengasas ialah:
1.Adnan B Omar
2.Ahmad B Mat Zin
3.Abu Hassan B Hj Ali
4.Zakaria B Yusoff
5.Mohad Fauzi B Mohammed
6.Mohd Nawi B Idris

Mereka ini adalah individu yang bertanggungjawab dalam pembentukan sebuah organisasi yang mantap dan berkualiti