Saturday, 13 December 2008

Perjumpaan Kiema & C Narr Di Tesco

Kiema yang diwakili oleh YDP telah berbincang bersama Pengurus Eksekutif C Narr Resources En Zaki B Mat dan En Solahudin di Tesco. Kiema dan C Narr Resources telah membuat perbincangan mengenai Program Pentas Ria Perpaduan, Kebudayaan dan Pelancongan Sempena Tahun Kebudayaan Kelantan 2009 yang akan berlangsung di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada 2 - 5 Januari 2009.
Program ini dijangkakan mendapat kunjungan ramai sepanjang tarikh program berlangsung.

Wednesday, 10 December 2008

Ikuti Perkembangan Kiema!!!

Mengikut perbincangan yang dibuat antara YDP, TYDP, C Narr Resources & MTPN Kelantan. Satu lagi aktiviti besar yang akan melibatkan Kiema akan diadakan di KB Mall Kota Bharu, Kelantan. Harap dapat bersama kita ikuti perkembangan semasa di blog ini.

Tuesday, 9 December 2008

Mohd Zulhanif Bersama Kiema!!!

Pemegang Pelekat Kenderaan K58-MAS001-08 (Ahli K58 Pertama) telah menyertai Kiema. Beliau merupakan individu yang berjaya mengerakkan K58 hingga bertapak kukuh di Malaysia hari ini. Tahniah Mohd Zulhanif...

Sunday, 7 December 2008

Terkini & Sensasi



SATU daripada 14 rumah banglo di taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, yang musnah akibat tanah runtuh awal pagi ini. Kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, menyebabkan empat terkorban membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki manakala 15 lagi cedera. Banglo yang tertimbus itu membabitkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan uatam ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus lagi terperangkap. - Foto Bernama

Al-Fatihah!!!

Kiema mendoakan semoga roh "Adi" ditempatkan bersama golongan yang beriman. Manakala 3 lagi teman yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan cepat sembuh dan akif seperti sedia kala. Mana-mana ahli yang ingin melawat beliau, boleh berhubung dengan Ketua Unit Konvoi Kiema, Saudara Zulhanif Bin Zulkifli (017-9557940).

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!

Jawatankuasa Kiema mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga Kiema dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Aidil Adha tahun ini memberi seribu makna terhadap pengorbanan kita semua.

Thursday, 4 December 2008

Kelab Bermotor akan memeriahkan Kiema!!!

Kelab Bermotor seluruh Malaysia akan bersama Kiema dalam usaha menjayakan misi Kiema kearah membentuk masyarakat penyayang dan berdisiplin. Kiema akan mendapatkan seramai mungkin pemilik-pemilik kenderaan bermotor di seluruh malaysia.

Kiema Ke Arah Kecemerlangan!!!

Kiema akan mengadakan Hari Keluarga pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Semua ahli Kiema diharapkan dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut.
Cadangan lokasi untuk Hari Keluarga Kiema ialah di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:016-9332358