Sunday, 20 September 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
kami ajk kiema kelantan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua warga kiema semoga hari raya kali ini di sambut dengan meriah bersama insan tersayang...
Tuesday, 15 September 2009
Ucapan Selamat Hari Raya!!!
kepada semua ahli kiema yang dihormati,
anda dialukan untuk menyampaikan ucapan selamat aidilfitri.
melalui emel kiema.club@yahoo.com
emel anda akan dipaparkan diblog dan akan diadili oleh pengadil-pengadil profesional.
anda dialukan untuk menyampaikan ucapan selamat aidilfitri.
melalui emel kiema.club@yahoo.com
emel anda akan dipaparkan diblog dan akan diadili oleh pengadil-pengadil profesional.
Majlis Berbuka Puasa AJK Kiema!!!
bermula jam 6pm 15 september 2009, ajk kiema mula tiba di lokasi majlis berbuka puasa iaitu di resotoran padi, berek 12 kota bharu, kelantan.
majlis ini diadakan bagi meraikan ajk baru.
selepas ini kita sesama kenali dan dekati jawatankuasa baru kiema.
kami amat berharap agar gabungan ahli jawatankuasa ini akan memberi suasana mesra sesama ahli.
Friday, 10 July 2009
AJRC Global Bersama Kiema!!!
Sebuah syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan K58 di seluruh Malaysia kini bersama kiema.kiema kini mendapat perhatian seluruh syarikat di Malaysia untuk mewujudkan aktiviti mereka bersama masyarakat dan ahli-ahli kiema yang lain.
Jawatankuasa Baru Kiema!!!
sama-sama kita nantikan perubahan jawatankuasa yang bakal membawa kiema lebih mantap dan bertenaga.
Jom Kiema!!!
untuk pengetahuan semua, kelab tersohor di kelantan seperti KB4G, I-SAGA, Motor Klasik dan banyak lagi kelab lain akan bersama dalam kiema.ianya bagi merialisasikan satu rumpun yang bakal mewujudkan kerjasama sesama ahli.moga banyak lagi kelab yang akan bersama. dianggarkan kiema akan mempunyai ahli seramai 5,000 sehingga akhir tahun ini.
Latihan Kumpulan Dikir Al-Madani!!!
pada malam ini 10/7/09 jam 9.00 malam, kelab dikir dari kumpulan kesenian al-madani akan mengadakan latihan mingguan.ianya bertujuan untuk melakukan persiapan bagi persembahan yang bakal diadakan dijeli pada 16/7/09.
kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli kelan ini, sila ke tapak latihan.
kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli kelan ini, sila ke tapak latihan.
Monday, 6 July 2009
Kelab Silat Al-Madani!!!
kepada semua warga kiema yang berminat untuk menyertai kelab ini diharap dapat menghubungi pengasas 1 kiema, faizul bin yusoff.
untuk aktiviti pertama Kelab Silat Al-Madani akan diadakan di Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Putra Kota Bharu, Kelantan.
Kepada mana-mana kumpulan yang ingin mewujudkan aktiviti di kawasan setempat boleh menghubungi pengasas 1.

Kumpulan Kesenian Al-Madani!!!
kepada semua warga kiema,
adalah dimaklumkan bahawa kiema sekarang telah menubuhkan kumpulan kesenian yang dikenali sebagai Kumpulan Kesenian Al-Madani...
dalam masa terdekat berkemungkinan kita akan mengenali dan mendengar lagu-lagu dikir yang bakal mengegarkan persada dunia dikir barat di tanah air..
tahniah Kumpulan Kesenian Al-Madani....
sesiapa yang berminat untuk menyertai kumpulan dikir ini, sila hubungi Pengasas 2 Kiema, En.Adnan Bin Omar.....

AJ Di KL!!!
beberapa perkara yang ingin dibincangkan bersama beberapa orang pemimpin pelajar di kl membuahkan hasil yang positif.
aj telah berjaya mendapat pandangan yang positif dari leader um, uitm dan uia..
apa pun bersama kita nantikan pergerakan agresif barisan pelajar yang bakal bergelar graduan usahawan..
aj telah berjaya mendapat pandangan yang positif dari leader um, uitm dan uia..
apa pun bersama kita nantikan pergerakan agresif barisan pelajar yang bakal bergelar graduan usahawan..
Friday, 3 July 2009
Cemas Tunggu Perkembangan!!!
Kepada semua yang sedang mengikuti perkembangan kiema harap bersabar kerana beberapa perkara sedang di lakukan untuk memastikan pergerakan kiema lancar dalam usaha menjadi kelab contoh suatu masa nanti.
Moga blog ini dapat memberi satu inspirasi perkembangan kelab setiap masa.
Moga blog ini dapat memberi satu inspirasi perkembangan kelab setiap masa.
Friday, 22 May 2009
Kiema Datang Lagi!!!
assalamualaikum,
tuan/puan yang dihormati,
keahlian ahli bersekutu kiema mampu mencecah 1000 orang dengan penyertaan kelab-kelab yang begitu aktif di negeri kelantan setakat ini.
ahli bersekutu kiema adalah mereka yang menyertai kiema secara berkumpulan manakala ahli kiema adalah mereka yang dipilih dan dipersetujui keahliannya secara mutlak oleh pengasas 1 & 2 kiema.
manakala ahli kehormat kiema adalah mereka yang juga mendapat persetujuan mutlak dari pengasas 1 & 2 kiema dan mereka yang mampu berkomitmen sepanjang menjadi ahli kehormat.

Wednesday, 13 May 2009
Nantikan aktiviti kiema yang pertama!!!
kepada semua yang berminat untuk menyertai kiema, anda seharusnya bertindak segera.ianya bertujuan untuk medapatkan hanya 200 ahli biasa dan juga memastikan ahli bersekutu kiema akan mencapai 10,000 orang sebelum akhir 2010.
aktiviti yang pertama yang bakal dianjurkan ialah program yang akan dijalankan di stadium sultan muhammad ke-iv dan akan dihadiri oleh seluruh ahli bersama keluarga dan pastinya akan memberi satu tanggungjawab yang besar kepada ahli kiema untuk mengangkat martabat kiema.

Aktiviti Terkini Anjuran TYDP!!!
Masih lagi bertenaga, tydp masih mampu menganjurkan aktiviti besar seperti yang lalu.
kini beliau sedang sibuk untuk menjayakan program pakat cinto budaya yang akan diadakan di pantai cahaya bulan, kota bharu kelantan pada 15hb mei 2009.pastinya akan menarik minat seluruh warga setempat dan sekitar kota bharu bagi bersama-sama menjayakannya.
kami di kiema menjemput dan mempersilakan tuan/puan ke majlis tersebut yang dianjurkan oleh kelab cd murni dan ditaja oleh DCL.

Monday, 23 March 2009
TYDP Kiema Bersama DCL
Tahniah kepada TYDP Kiema En Adnan Bin Omar kerana bersama DCL dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di seluruh negeri Kelantan ini.
TYDP juga adalah merupakan individu yang aktif dalam usaha mengembangkan Kiema ke seluruh negara dengan satu semangat setia kawan dan penuh kejujuran.
TYDP juga adalah merupakan individu yang aktif dalam usaha mengembangkan Kiema ke seluruh negara dengan satu semangat setia kawan dan penuh kejujuran.
Wednesday, 11 February 2009
Kiema Dah Lulus!!!
Tahniah kepada semua.. Kini Kiema telah mendapat kelulusan untuk memulakan langkah dalam merealisasikan impian setiap warga KIEMA..
Sebarkan berita gembira ini kepada semua...
Sebarkan berita gembira ini kepada semua...
Thursday, 29 January 2009
Aktiviti Menarik Bersama Kiema!!!
Tahun 2009 menjanjikan berita gembira kepada anda semua..Pastinya program yang menarik akan dapat di sertai oleh rakan-rakan Kiema di seluruh Kelantan..
Saturday, 10 January 2009
Kiema Bersama Ahli!!!
Kiema akan mengadakan perjumpaan bersama dengan ahli di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan pada 31 Januari 2009. (Sabtu)
Ianya akan menghimpunkan seramai 150 orang remaja bermotorsikal dan juga ahli-ahli kiema yang dianggarkan bersama pada hari tersebut seramai 200 orang. Ianya adalah kerjasama antara Kiema dan Pengasih Kelantan.

Kiema Bersama DCL!!!
Sekali lagi ahli Kiema bersama sebuah syarikat jualan langsung dalam usaha melahirkan usahawan di peringkat bawahan hingga atasan. Ianya tidak lain adalah untuk membantu pihak kerajaan mengurangkan masalah penganggur di Malaysia ini.
Adalah menjadi tanggungjawab kelab ini untuk memastikan lebih ramai ahli bergelar usahawan.Moga perjuangan suci ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Adalah menjadi tanggungjawab kelab ini untuk memastikan lebih ramai ahli bergelar usahawan.Moga perjuangan suci ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Wednesday, 7 January 2009
Selamat Tahun Baru 2009
Harapan kami warga Kiema semoga kita akan terus menghadapi tahun mendatang dengan penuh semangat dan tabah menempuh segala cabaran.
AJK Kiema berharap agar kita mampu berkerjasama dalam usaha mewujudkan satu Kelab yang dihormati dan disegani ramai suatu masa nanti.
AJK Kiema berharap agar kita mampu berkerjasama dalam usaha mewujudkan satu Kelab yang dihormati dan disegani ramai suatu masa nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)